Pages

Monday, July 25, 2011

Hati dah tercicir

Selamat pagi sayang ^^

Benar kata orang, buatlah baik kepada ibu bapa, nescaya hidup akan menjadi tenang. Even ibu bapa kita sudah tiada didunia ini, doakan kesejahteraan mereka di sana.

[moga abah ditempatkan dikalangan orang yang berIman.. amin ya Allah]

Weekend baru lepas balik dari kampung, puas renung muka mak dalam-dalam.. peluk mak lama-lama ;)
Hilang segala kusut di hati, fresh sungguh rasa dalam diri..

Mak adalah yang terbaek buat diri ni, sangat memahami dan sangat sporting untuk dibuat kawan, aku dan mak boleh diibaratkan kawan baik. Segala masalah dan kekusutan soal hidup serta masalah cinta (dulu punya cerita) mak tempat dicurahkan segala isi hati yang sentiasa ada saja menda yang tak puas .

Kadang-kadang seremeh-remeh menda pun bleh cerita kat mak, mak bleh layan je, nak kata manje ngan mak, tak jugak. Tapi sangat rapat.

Walaupun kadang-kadang, mak hanya jadi pendengar tanpa bagi apa-apa pandangan, tapi entahla  hati sangat puas. Bleh dikatakan mak ni sebagai “SPA MINDA”   ҉҉҉҉҈


muka i sgt tembam!
bawak mak pusing2 kg, adalah hobi saya.

ok, tirus skit.. :P
mak nampak semangat!

ok, tembam semula.. :P
Like mother like son = senyum suke tunjuk gigi ^___^

p/s : nanti nak buat entry untuk arwah abah.

Friday, July 22, 2011

Kalau hari-hari camni

Assalamualaikum ^^

Rasa macam disayangi. Macam biasa pergi kerja, hari ni abang ipar hantar ke LRT station (selalu menapak dari umah dalam 10 min)  lepas tu redah segala macam jenis manusia, pagi ni duk sebelah india ouh.. sangat sedap perfume yang dia pakai, rasa macam x penah bau kat kedai-kedai perfume yang ada~ heeeee balaghah sket :P

Sampai opis, tunjuk rajin tekun skit. Macam besa ari jeemaat semangat lain macam coz sok nak cuti then kebetulan petang ni nak balik kampung~ yeay!!

Bos dengan selamber ~ ema dah sarapan blum?? Posa ke?
Aku tekojut terus jawab ~ dah sarapan b4 datang keje tadi, xpose pun..
Bos ~ erm.. nah amik ni, double bekfast pagi ni.. J
Aku ~ adeeeii kenyang nya.. thanks bos. ^..^



menda alah ni bos kasi pagi-pagi buta~
Farah datang department aku, so. sedekah kat dia separuh. aku..? separuh jelah..


Department aku, kalau bab makan memang tak bleh tahan. Ada je makanan yang nak kena hadap. Tengahari ni diorang blanje makan nasi ayam kampung.

Encek engineer (pakcik-pakcik dah ni) ~ nah ema, saya bagi nasi kat awak dengan ayam yang paling besar.
Ema > humaakk aii, burger pun baru masuk en. Isa oooii.. adeei.
Encek engineer > aku tengok ko kecik je, tak besau-besau. Make sure dah abis intern ni, ko dah besar eh..? hahaha
Ema > uuuiii cita-cita, ada hati nak suh saya besar..? bluek! Heheehe

Diorang ni bab nak mengenakan aku, cukup pandai :P


Lebih kurang camni la,  nasi + ayam kampung separuh + sayur campur goreng.
dapat habiskan separuh sahaja, nak meletup perut aku ari ni.

Disebabkan hari ni ari jeemaat, so that masa bersenggang pun melambak. Akak Lia, department aku ni ajak jalan-jalan Suria,KLCC jap. Aku pun dengan bosannya, jom la akak. Pusing-pusing butik-butik kat situ, then masuk cold storage.

Kak Lia > nah ema..
Aku > ape ni kak? Orang dah tak bleh masuk ape dah ni
Kak Lia > amik la, akak dah bayar. Sape nak abiskan?
Aku > sape suh akak beli..?
Kak Lia > Dah amik-amik, jangan ngade-ngade.

amik kau. tambah lagi la berat aku~

Kalau hari-hari camni, alamatnya body macam di pam-pam.. then wallet pun makin kembung! kehkehkeh. sape nak bagi ye dak..? rezeki Allah..

malam ni plak, makan masakan mak, rezeki lagi tuuu ;)


Moral of the story : Buat baik berpada-pada, mulut jahat jangan sekali hehe
p/s : sume pic, encek Google yang kasi


Thursday, July 14, 2011

Spaghetti Bolognese | RESEPI aLam

Assalamualaikum ^^

Makan untuk hidup. Keterujaan aku bila nampak resepi boleh diibaratkan macam “bila kera dapat bunga.” Uiih terkinja-kinja dan semangat semacam nak buat. Tapi bila mood merudum bagai guruh dilangit. Puiiih, resepi hanya tinggal resepi, yang tinggal hanyalah air liur menetes-netes di tepian bibir. ^_^

Weekend kelmarin, semangat tu tetiba sampai, kebetulan plak buatnya hari sabtu. Bukan kah masa tu, Negara kita tengah sibuk dilanda BERSIH? So, semangat diorang jatuh jugak kehati dan sanubari aku. Bukan ikut join diorang, tapi aku pun sibuk memBERSIHkan segala macam isi freezer umah ni. Keluarkan segala bentuk jisim-jisim (daging, sayur mayor segala) semangat nak makan macam omputih.

Makan di café Milano memang la sedap kawan-kawan. Tapi kalau kita cuba sendiri, itukn lebih bermakna? Mulalah mak-mak sibuk masukkan list nama kita dalam senarai calon menantu. Ecehh! Sila gitau mak korang eh.. dasar! ^..^

Actually amik resepi ni kat sini. So ubah-ubah ikut tekak melayu. ^^

Ok sebelum tu, kita layan mata ngan beberapa gambar sebagai bukti pembelian. Eh,eh bukti yang menda alah ni jadi dan selamat sampai dalam perut aku okeh.. 

Sayur mayur, baik untuk kesihatan

Bahan utama, silap beli jenis spagethi actually. tapi takpe rasa still sama.

Susu cair & kawan baiknya cendawan butang

Tomato puree & kiub ayam, actually kena guna kiub lembu, tapi kat kedai dah abis stok,
so belasah jela.. janji ok kan? ubah skit-skit ikut kepala sendiri, tak salah rasanya. hidup kena fleksibel. ^_^

Bawang-bawangan, resepi asal bwang bombay, tapi kat umah bawang ni je yang ada,
 so macam biasa. ikut kepala!

Semua bahan tunggu giliran.

Tadaaa.. jilat pinggan beb! hehe sos tu bleh gak makan ngan roti, dah jimat belanja bekfast korang.. ;)


Bahan-bahan ( 6 orang )
  • 500 gram spaghetti (sepeket)
  • 500 gram daging lembu cincang
  • 200 ml susu
  • 1 labu bawang besar kuning – dicincang halus
  • 1 ulas bawang putih – dicincang halus
  • 1 tin sedang tomato puri
  • 4-5 tomato segar ranum - didadu
  • 1 batang carrot – didadu kecil
  • 2 batang celery – didadu kecil
  • 1 tin cendawan butang – dihiris (optional)
  • 1 kiub stok daging lembu (optional)
  • 1/2 sudu teh herba Oregano kering atau Italian Mixed Herbs
  • Sedikit garam dan gula secukup rasa
  • 3 sudu besar minyak zaitun (kalau taknak beli boleh pakai minyak masak biasa)
  • 2 sudu besar butter
  • Parutan keju parmesan – untuk menghidang (aku tak letak pun. On diet :P)
  • NOTA : Semua bahan bernota optional tidak ada dalam resipi asal authentic Italian Bolognese. Tapi boleh ditambah ikut citarasa.


Cara-cara
  1. Rebus 2 liter air dalam periuk besar, masukkan 2 sudu teh garam. Bila air mendidih baru masukkan spaghetti. Kacau sekali-sekala dan masukkan satu sudu teh minyak zaitun (atau minyak masak) agar pasta tak melekat. Bila pasta sudah lembut angkat dan toskan.

  1. Sos Bolognese : Gunakan periuk yang tinggi dan dalam. Panaskan minyak zaitun,masukkan butter dan kacau. Bila butter cair dan berbuih masukkan bawang besar dan bawang putih cincang. Jangan dibiar garing, cukup sekadar bawang layu.
  2. Masukkan daging cincang. Ketuk-ketuk daging biar semua hancur dan bentuk/saiznya seragam. Goreng hingga daging keperangan.
  3. Masukkan semua sayuran, goreng lagi hingga sayur-sayur lembut.
  4. Masukkan susu. Kuatkan api hingga susu mendidih, kacau selalu. Bila nampak semua susu telah diserap daging, masukkan tomato puri dan tomato segar. Guna tin tomato puri itu untuk sukat 2 tin air, tambah ke dalam kuah. Kacau sos sambil di tekan-tekan tomato yang nampak berbiji hingga hancur.
  5. Masukkan herba, kiub (jika guna), garam dan gula secukup rasa.
  6. NOTA : Jika guna kiub, tak masuk garam pun takpe sebab dah masin. Gula cume perlu 1/4 sudu teh saja sebab susu telah memaniskan sos. Again, mesti dirasa dan timbang sendiri masam, manis dan masin sos.
  7. Biar mendidih lebih kurang 7 minit, kemudian perlahankan api paling kecil. Renihkan dengan periuk separa tertutup hingga sos pekat.
  8. Boleh hidang dengan parutan keju parmesan. (ikut suka korang)

NOTA :
 Orang Itali secara tradisi, merenih sos Bolognese sampai 4 jam! Kalau nak jimat gas, 2 jam pun dah cukup lama hehe. aku cuma renih 1/2 jam kali ni, sos jadi pekat dan menyalut spaghetti dengan cantik sekali. Dan yang penting, rasanya authentic Italian! 

~Sharing is Caring, Caring is LOVING! ;)

Sunday, July 10, 2011

Masa untuk "reward" diri anda

Assalamualaikum ^^

Hai korang, dah amik dinner malam ni..? aku dah.. ari ni semangat masak “spageti bolognese” saje, dah ada duit lebih skit mula la nak sedekah merata, tak kira la kedai baju kat jalan TAR tu ke? Kedai cekedis area LRT Bangsar tu ke? Ataupun g reward makan tempat mahal2.. eheh!

Actually, dah cukup sebulan practical dapat la skit elaun wat makan-makan. Dah penat sebulan bangun awal-awal pagi siap meredah orang ramai dalam LRT, uihhh bila nak kurang orang dalam LRT ni aku tak tau la. 

Kalau nak orang tak berapa ramai sangat (tapi still kena mencanak berdiri) kena la bekejar pukul 7.30 pagi, kalau nak merasa duk bawah ketiak india? Gi la kul 8.00. siap la merasa segala :P

Ok bab LRT nanti kita cite lain eh? Ada cite best pasal LRT ni. Eheh!


~ korang Nampak check tu? Uiih bukan 500juta pun. Just $500 hengget, tapi Alhamdullillah, dapat makan sedap ari ni.

Hari-hari pusing KLCC ni, dah macam-macam kedai aku teroka dengan kawan aku ni. Mencari makanan la, ada je tempat kitaorang nak try. Tapi semuanya mesti dibawah $10 ye adik-adik, nak lebih-lebih akak tak mampu. Ayat kudus mintak simpati ^..^

Dah nama KLCC sayang ooii, manyak la tempat makan best2. Mata ni asyik duk usha la, dalam hati pun sibuk berkata aiii bila la nak merasa masuk tempat-tempat cmni ni =..=' 
Tak sangka plak niat aku ni sama la plak ngan member aku ni. Yeay! Kitaorang memang sekepala. Start hari 1st jumpa pun dah rasa kamceng lain macam hehe. “FARAH, I sayang u lebey la. heheh”

Dah dapat elaun itu ari, mula la sibuk kitaorang mencari restaurant mana nak terjah. Yeah! Pilihan pertama  dimenangi oleh “CHILIS” hellamak! Belagak sungguh. Haha bukan apa, nak merasa, kalau tak wat cmni. Memang hari-hari makan nasik bungkus tepi jalan jela. Bukan selalu pun nak rasa cmni ye dak..?
~aku tak tau apesal namaya chillis? yang aku nampak ada chili besau dalam restaurant tu.

Amik hari jemaat la member, lama skit dapat lepak. Rehat sampai 2 jam. Masa kitaorang sampi depan “CHILIS” tu orang dah siap tunggu, semangat jugak letak nama dalam waiting list diorang tu. Berdiri gak dalam 10minit. Semangat tuh. Pehtu gatal mulut g tanya akak yang jaga listing tu.

aku yang kudus : Excuse me, bila agak nya turn kitorang eh? I mean for 2 person, name by FARAH?
                                       Dengan selambernya akak kaunter tu cakap
akak kaunter yang sweet : Owh.. your turn around 30-40 minutes.
                                                        Hellamak. Mau bekeriut segala urat perut kitaorang ni. Ingat 3,4 minit? Ish2.. tak bleh jadi ni..
Farah :Takpe kak, simpan nama kitaorang dulu, jap g kitaorang datang balik. =..=’’

Nak patah balik ke korang? aduii takde maknanye la kan..
Pusing-pusing lagi, kali ni memang nak cari tempat sweet-sweet skit. ternampak la 1 kedai ni. 

CHAKRI PALACE
haa.. adik-adik nampak tak tu dia..
CHAKRI PALACE
nak jadi amerika jap, tetiba jadi thailand la plk. ;)

SUASANA DALAM TUE


kita usha environment dalam ni dulu eh.. tgk sedap benau diorang melantak kan?


senjata nak pakai kejap lagi.
"kain buruk" wat lap air hidung meleleh jap g :P


nampak tak muka macam tak saba nak order makan

Ini muka x saba no.2 hehe
namanya farah, study Toronto,Canada. kitaorang start kenal ari 1st kat cni.
ok, ngam sangat. memang 1 kepala, kalau besembang tak ingat dunia. ^___^

Menda yang nak kena ngap Telan
sour soup juice. its mine.
sedap. hilang dahaga.
lupa nak amik pic air si Farah tu, die order carrot susu

tak hengat aku ni nasi goreng apa. order by farah. siap duk dalam nenas bagai.
aku stuju ngan presentation restaurant ni. nampak hebakk.

Macam besa, pebret food i.. hehe noodle tomyam!
masuk kedai thai, tak rasa tomyam dia memang ibarat buat keje x berpekdah la kanda.
 rasanya memang terbaikk
desert "Durian Tempura with icecream" dak farah yang order.
Rasanya memang best, tak sangka plak dalam tepung tu ada durian.
selalunya kat umah buat cucoq durian gaul ngan tepung. ni lain plak. durian duk dalm tepung. nice.
terasa-rasa sampai skang. tertelan air liur plk ^..^

haa.. kan dah gtau, ni la tuannya..


saje upload lagi nak kasi korang nampak clear, isi durian duk meleleh. :P


Dan lagi.. terbaik wok! nak cari resepi la, balik kampung bleh try buat. mesti mak puji melambung-lambung.
 Dasar, mintak pujian ^..^


ok, percubaan pertama makan pakai chopstick. berjaya ^0___0^
  Nampak tak mangkuk tu besau lagi dari muka aku? ohh.. saya slim lagi. heheh



die sangat kenyang okeh.. aku?? ofkos la! meletup perut.

kan dah cakap, mau tido telentang lepas makan ni.
mangkuk nya macam pinggan tambah nasik kot.

Sessi Membatakkan diri


eh? sama tinggi la? eheh!        


me? opkos la, tinggi lagi dari patung tue.. Farah, sila jangan jeles



Dengan waitress pun jadi.


Aku pun..? Dasar.


p/s: tak saba nak letak entry "spagethi bolognese" 







Friday, July 1, 2011

Nescafe tarik kurang manis 1!



Morning everybody..

Tengok title agak mengiurkan segala urat tekak & air liur menitis2 jatuh ke bumi.. ohohoh

Kira kalau hirup menda alah air ni sambil wat keje dalam aircond sejuk-sejuk ni memang terbaek lah! Aku tak tau la bape darjah celcius la diorang pasang kat opis ni. Tak reti rasa sejuk ke hape, aku ni siap sejuk tak ketahuan hala dah ni. Siap pakai cardigan bagai, kalau ada toto campuq bantal 2 bijik. Uishhh! Syok ooo hehe. Tak hagak-hagak eh ekau.

Disebabkan masalah kesejukan ni la dah rasa macam tinggal kat kutub utara. Dengan rajin nya jalan-jalan kat pantry wat la air Nescafe ni, memang x hagak. Duk opis siap wat tarik-tarik lagi. Akak yang kat pantry tu, siap gelakkan aku. (geleng kepala dia. hehehe)

Alahai sedapnya la.. (masuk bkul, carry sendiri ^..^) aku la puji, dah aku je yang merasa. Heeee

Dah sedap kau menghirup Nescafe panas-panas. Haaa hambek la habuan.

Kepala berpinau-pinau. Pening bagai. Baru sedar diri yang aku memang tak bleh amik air ni.Dari masalah sejuk skg ni timbul plak dah masalah sakit palo! Aduhaiiii. Tegang segala urat tengkuk. Dah lama tinggalkan habit minum Nescafe ni, sejak lepas minum 3 tahun lepas jadi meggeletar tangan-tangan kalo amik air ni lebih2. So, aku amik keputusan. Dah tak yah gatal nak minum.

Tetiba rasa teringin membuak-buak nak merasa balik air ni ari ni. Aku tengok balang Nescafe baik punya parking kat pantry ni. Siap melambai-lambai panggil aku suh rasa nikmat dia. Adeiihai. Memang den tak bleh tahan punyo. Ekeh keh keh. Skang ni ha, padan muko! :P

Dalam duk menahan sakit palo ni, baru dapat formula, If teringin sangat mcm orang mengidam anak sulong tu. Tambah la milo skit. Jadi “neslo” tak bleh buto-buto Nescafe saje. Hokey..? huhu.

Akal waras mula berkata :Apehal baru timbul idea ni..?

Hati yang suci menjawab : dah tadi ko gelojoh sangat.

~~~okey…

Tetiba kan letak pic ni? Hakhak saje nak over pose mcm comey. :P

(tingin nak jadi kecik balik, bwk Thomas ni.. ^__^)