Pages

Thursday, July 14, 2011

Spaghetti Bolognese | RESEPI aLam

Assalamualaikum ^^

Makan untuk hidup. Keterujaan aku bila nampak resepi boleh diibaratkan macam “bila kera dapat bunga.” Uiih terkinja-kinja dan semangat semacam nak buat. Tapi bila mood merudum bagai guruh dilangit. Puiiih, resepi hanya tinggal resepi, yang tinggal hanyalah air liur menetes-netes di tepian bibir. ^_^

Weekend kelmarin, semangat tu tetiba sampai, kebetulan plak buatnya hari sabtu. Bukan kah masa tu, Negara kita tengah sibuk dilanda BERSIH? So, semangat diorang jatuh jugak kehati dan sanubari aku. Bukan ikut join diorang, tapi aku pun sibuk memBERSIHkan segala macam isi freezer umah ni. Keluarkan segala bentuk jisim-jisim (daging, sayur mayor segala) semangat nak makan macam omputih.

Makan di café Milano memang la sedap kawan-kawan. Tapi kalau kita cuba sendiri, itukn lebih bermakna? Mulalah mak-mak sibuk masukkan list nama kita dalam senarai calon menantu. Ecehh! Sila gitau mak korang eh.. dasar! ^..^

Actually amik resepi ni kat sini. So ubah-ubah ikut tekak melayu. ^^

Ok sebelum tu, kita layan mata ngan beberapa gambar sebagai bukti pembelian. Eh,eh bukti yang menda alah ni jadi dan selamat sampai dalam perut aku okeh.. 

Sayur mayur, baik untuk kesihatan

Bahan utama, silap beli jenis spagethi actually. tapi takpe rasa still sama.

Susu cair & kawan baiknya cendawan butang

Tomato puree & kiub ayam, actually kena guna kiub lembu, tapi kat kedai dah abis stok,
so belasah jela.. janji ok kan? ubah skit-skit ikut kepala sendiri, tak salah rasanya. hidup kena fleksibel. ^_^

Bawang-bawangan, resepi asal bwang bombay, tapi kat umah bawang ni je yang ada,
 so macam biasa. ikut kepala!

Semua bahan tunggu giliran.

Tadaaa.. jilat pinggan beb! hehe sos tu bleh gak makan ngan roti, dah jimat belanja bekfast korang.. ;)


Bahan-bahan ( 6 orang )
  • 500 gram spaghetti (sepeket)
  • 500 gram daging lembu cincang
  • 200 ml susu
  • 1 labu bawang besar kuning – dicincang halus
  • 1 ulas bawang putih – dicincang halus
  • 1 tin sedang tomato puri
  • 4-5 tomato segar ranum - didadu
  • 1 batang carrot – didadu kecil
  • 2 batang celery – didadu kecil
  • 1 tin cendawan butang – dihiris (optional)
  • 1 kiub stok daging lembu (optional)
  • 1/2 sudu teh herba Oregano kering atau Italian Mixed Herbs
  • Sedikit garam dan gula secukup rasa
  • 3 sudu besar minyak zaitun (kalau taknak beli boleh pakai minyak masak biasa)
  • 2 sudu besar butter
  • Parutan keju parmesan – untuk menghidang (aku tak letak pun. On diet :P)
  • NOTA : Semua bahan bernota optional tidak ada dalam resipi asal authentic Italian Bolognese. Tapi boleh ditambah ikut citarasa.


Cara-cara
  1. Rebus 2 liter air dalam periuk besar, masukkan 2 sudu teh garam. Bila air mendidih baru masukkan spaghetti. Kacau sekali-sekala dan masukkan satu sudu teh minyak zaitun (atau minyak masak) agar pasta tak melekat. Bila pasta sudah lembut angkat dan toskan.

  1. Sos Bolognese : Gunakan periuk yang tinggi dan dalam. Panaskan minyak zaitun,masukkan butter dan kacau. Bila butter cair dan berbuih masukkan bawang besar dan bawang putih cincang. Jangan dibiar garing, cukup sekadar bawang layu.
  2. Masukkan daging cincang. Ketuk-ketuk daging biar semua hancur dan bentuk/saiznya seragam. Goreng hingga daging keperangan.
  3. Masukkan semua sayuran, goreng lagi hingga sayur-sayur lembut.
  4. Masukkan susu. Kuatkan api hingga susu mendidih, kacau selalu. Bila nampak semua susu telah diserap daging, masukkan tomato puri dan tomato segar. Guna tin tomato puri itu untuk sukat 2 tin air, tambah ke dalam kuah. Kacau sos sambil di tekan-tekan tomato yang nampak berbiji hingga hancur.
  5. Masukkan herba, kiub (jika guna), garam dan gula secukup rasa.
  6. NOTA : Jika guna kiub, tak masuk garam pun takpe sebab dah masin. Gula cume perlu 1/4 sudu teh saja sebab susu telah memaniskan sos. Again, mesti dirasa dan timbang sendiri masam, manis dan masin sos.
  7. Biar mendidih lebih kurang 7 minit, kemudian perlahankan api paling kecil. Renihkan dengan periuk separa tertutup hingga sos pekat.
  8. Boleh hidang dengan parutan keju parmesan. (ikut suka korang)

NOTA :
 Orang Itali secara tradisi, merenih sos Bolognese sampai 4 jam! Kalau nak jimat gas, 2 jam pun dah cukup lama hehe. aku cuma renih 1/2 jam kali ni, sos jadi pekat dan menyalut spaghetti dengan cantik sekali. Dan yang penting, rasanya authentic Italian! 

~Sharing is Caring, Caring is LOVING! ;)

2 comments:

Hanim Kujaji said...

fulaaammmakkk....dah pandai msak mcm2 dah nie...dah boleh kawen dah nie..

Unknown said...

hish.. x abis khatam lagi la syg.
still in the class, x hebat mn heeeee