Pages

Wednesday, December 26, 2012

Maafkan bila hati tak Sempurna mencintaiMu




Bila hati tengah gembira kita seronok melayan lagu tanpa tahu apa erti sebenar sebuah lirik
tapi bila hati dirundung kesedihan kita fahami setiap bait-bait lirik sebuah lagu.


Hidup kita lebih rasa bermakna bila mana hati kita dirundung kesedihan.
Itu sebabnya orang orang susah lebih fahami apa itu sebuah doa,
lebih menghargai apa yang ada disekeliling mereka.
Berbanding dengan kita, hanya mampu bergelak ketawa tanpa perlu memikirkan apa-apa.

Friday, December 21, 2012

Tua itu Pasti.


Assalamualaikum ^^


Bila kita meningkat tua, kemanakah langkah kita.

Samaada happy bersama keluarga, duk melayan anak cucu atau sekadar jadi pemerhati lihat orang bahagia. Ouh jangan la jadi yang kedua, doa banyak-banyak biar hidup kita ada hasil, bukan sekadar hanya mengisi kekosongan rakyat dibumi mesia.
Apehal emo semacam makcik ni kan. >..<


Jalan-jalan dikaki lima banyak plak tengok kerenah manusia, sampai tak terfikir dek akal kenapa nasib mereka bleh jadi sampai camni caranya. Bersyukur lah kawan-kawan kita masih ada tempat berteduh. Masih bleh try makan menda bukan-bukan, masih bleh berjimba, bergelak macam naik hantu. >..<


Sebut bab ni, masa duk jalan-jalan ngan family, kitaorang lalu kat area umah orang tua kat Taiping, Mak duk berdrama dia tengok dan siap pesan.
 "Nanti jangan hantaq mak kat sini na, mak takmau duk sini" 
Bleh plak mak sebut camtu.
Mak ni dia jadi manja lepas Abah takda, nampak sangat perasaan dia tu. Dia mudah sedih. T_T


Mak, selagi nyawa dikandung badan, InsyaAllah kami anak-anak takkan wat mak camtu.

Mak amanah Abah tinggal buat kami jaga, hati perasaan dia, makan pakai dia, selagi nyawa dikandung badan. T_T



View from encik google, dia kasi tengok kalau tak rasa sayu jugak memang dasar >..<


Tengok, tak sedih ke.

Tesentak hati wa cakap lu.


Senyum dia buat hati rasa bahagia.

Bak kata pepatah, Mak sanggup jaga anak yang ramai, tapi anak  susah nak jaga Mak seorang.
Tapi skg kita tanamkan azam, benda tu tak terjadi ye kawan-kawan. InsyaAllah ^^,


Asal layan video ni, segala air dalam badan suma kuar. haisshh
over plak makcik ni kan.. T_T



#Nak pesan siap-siap untuk segala anak cucu cicit hamba, sok hampa dah besaq panjang toksah duk wat perangai hat bukan-bukan na. Opah sekeh pala sekoq-sekoq baru tau. kalau opah tau dari awal nak wat cenggini gaya, opah picit hidung bagi mati masa hampa duk merah lagi. *baca dengan nada opah upin, ipin* 
hambooii cenge Opah hampa. ^^,