Pages

Tuesday, April 26, 2011

Dah itu yang aku suka~

Bercakap tentang hobi, memang tak leh lari la kawan-kawan..
Hidup xdak hobi bosan gak. tak kira la hobi korang panjat pagar ke? main-main terjun bangunan ke.. kan? heheh ada ke orang wat cenggitu? :P

Kalau budak-budak cam kategori baik-baik ni, bila orang tanya "apa hobi kamu erk?" dengan pantas dan mendabik dada mesti jawab.. "i suka baca buku, tolong mak didapur, mencuci kereta ayah dihalaman, solat istikharah." eh,eh tetiba! (^.^)

Tapi bila soalan ni cikgu tanya kat sekolah rendah kecik-kecik dulu, mesti aku jawab
aku:"saya suka nek beskal cikgu"
cikgu: "nape awk suka nek beskal?"
aku: "sebab saya bleh bawak sambil lepas tangan"
cikgu :"loh, kamu tahu tak bahaya? dah la kamu tu pompuan"
aku:"tau cikgu, tapi nak wat cmne dah saya suka. ni la hobi saya "
~loh, memang perangai cam jantan! heheh skit lagi cikgu nak kasi lempang.. eh,eh jangan! nanti cikgu masuk lokap T_T


Bila umur dah tua ni, mula la kepala gila sampai, xmau dah nek2 beskal segala ni. dah jemu..
kadang-kadang bila time cuti sem, saja bawak beskal mak pegi umah makcik-makcik (jiran2 la, merangkap kawan mak aku) diorang ni kalau aku balik kampung, x gi singgah umah diorang jap jengah tunjuk muka mesti bertanya kat mak aku.. uiihh kira orang penting gak ni. heheh

Mana tak nya g melayan dan dengaq aku merapu sat. pehtu aku balik la.. saja ronda-ronda keliling kampung, dah lama skit duk kL ni mula la.. segala asap tak elok masuk dalam body. balik kampung kita refresh balik.. balik dari ronda tu mesti segala otot kaki lenguh ya Allah sabaq jela.. uiii kau! rasa nak tercabut tempurung lutut! (hiperbola heheh) tambah plak kalau tayar beskal mak aku tu, xde angin. Lagi la.. -_-"

Ok, bila dah tua ni (tua ke aku? ok sedar diri..) mula la semangat cintakan alam sampai.. Ni mesti tak lain, semangat cintakan tanah air.. eceh! kau! Actually minat amat-amat ngan tanah ni.. uiih tak tau nak kata bila dah turun ke tanah, mak panggil pun aku wat xtau.. semangat tinggi.
Kalau setakat cuti kejap-kejap tu semangat tak berapa panas sangat, tapi bila cuti sampai 2,3 bulan mula la aku tak senang duduk. tak kan ari-ari nak ngadap tb, makan, ngadap tb, makan, lena.. uiihh lemak mula la duk berlegar-legar cari tempat nak duduk. tak sanggup! dia mai naik barang sekilo dua, bleh consider lagi. buatnya naik 5 kilo pehtu duk senyap tak mau turun-turun dah. bukan kah itu kes naya adik-adik? heheh tetiba skema. LOL!

Masa cuti time degree ari tu, aku mula operasi besar-besaran. tengok iklan kat tv ape ntah aku x ingat la.. ala yang pompuan tu tanam pokok tomato, segar-segar je aku nengok. Mula semangat meluap-luap. Gitau kat mak, mak kata merepek, sok ang nak balik hostel sape yang nak nengok pokok tu ari-ari..? betul jugak eh? tapi dalam duk iyekan cakap mak aku, senyap-senyap ja pegi pekan beli benih. hehehe (dasar degil ini budak!)

Mula operasi dengan semai biji benih tu, semangat sangat ni. masa nak ubah anak-anak pokok tu, kawan-kawan mak aku bertandang datang umah, diorang tengok la aku wat menda. alih-alih mak aku plak kata, "nak anak pokok tomato ke? ni ha.. ema da semai banyak ni.." aik mak??siap sedekah bagai, ari tu tak bagi sangat. heehe memang comey mak aku ni, dia kalau bab sedekah memang serah, sebijik ikut perangai arwah opah aku.. takpa-takpa aku tak kisah, memang banyak sangat anak pokok ni, mana tak nya abih sebungkus yang harga $5 aku semai, korang bayangkan la banyak mana. macam nak bukak ladang tomato dah haa.. mana taknya mak aku siap sedekah kat member dia.. heheh

Dah alih pegi tempat masing-masing mula la pokok-pokok ni mencanak naik dengan megahnya, uii sempat la jugak merasa dalam 30 bijik buah dia. tapi elok ja aku balik hostel, seperti yang mak aku gitau ari tu, maka nya xda sapa la yang nak usahakan hasrat murni aku ni. So, dengan tak berapa nak relanya mati la abih suma. Ulat suka sangat wat ulam daun pokok aku ni. isshh! x puas hati betuii. Selain pokok tomato aku tanam gak pokok cili, sampingan je tu.. sekali harung. heheh

Inilah pokoknya, korang perasan tak pagar pukat tu, macam orang takda tangan je buat. hehehe security kena jaga jugak kat pokok-pokok ni. Mana xnya kucing-kucing umah ni suka sangat main nyorok-nyorok kat pokok ni. Langkah selamat aku pasang la pagar yang x rupa pagar ni. eheh!


yang baru galak nak naik


Segar mekar bunga ni, time ni jiwa dah meronta-ronta x sabaq tunggu buah. Agaknya ni la perasaan petani yang ada kan? puas ati kot.. hasil dah nak kuaq!

taraa....! hye dunia! heheeh

Ni ladang cili, eceh! ladang kau.. sekangkang kera bleh kata ladang eh?? wuwuwu


atas minat yang tak agak-agak, kat hostel pun jadi aku bela menda alah ni.. heheh nyaris roomate aku tak kisah.. bukan apa, bila rasa makanan beli tak pedas, aku potong je cili ni masuk pinggan.. ooo tegar betul makan pedas, sok sakit padan muka.. uuii nauzubillah..

Sunday, April 24, 2011

Pink? pompuan sgt kot?


Semua orang aku tau.. mesti kalau bertanya pasal fevret color, cepat je terpacul 1 persatu jenis-jenis kaler yang ada, yang suka ijau, kuning, oren, kelabu taik anjing, merah samar, ijau pucuk pisang la dan bebagai lagi la.. xkan aku tulis abih kt sini? mau penuh muka surat ngan pelbagai jenis kaler yang ada.

Seronok gak bila tgk org semangat sangat mnjawab bagai jenis kaler depa suka. tapi bila soalan tu bagi kat aku.. mula la pandang tempat lain.. owh.. blur sgguh! xtau la pasal apa..? mmg xdak pebret kaler kot? Nasib soalan ni xdak masuk dalam soalan exam, kalau tak jenuh aku jot down suma kaler yang ada dalam muka bumi ni,,

Tapi bila dah selidik betul2 diri ni, baru aku terkesan ngan 1 kaler ni. tetiba "MERAH" jadi impian! owhh kau! meletup makngah.. eheh! bila belek barang2 xdak plk merah yang jadi pilihan pun.. tapi selalunya kan, orang akan tanya ko ni minat pink ke?? jawapan aku senang je,
"pink? owh.. x rela! pompuan sgt kot?"heheh

Mana tak member tanya soalan camtu, barang-barang aku kebanyakannya kaler pink ni la yang memonopoli.. kadang2 naik heran gak.. dah ilang akai pa?? hehehe
antara barang2 kesayangan aku yang mewarisi kaler ni.


soket eh org panggil menda alah ni? yang duk bekawan rapat ngan charger hp aku tue?


stand book, pink jugak!

Tumbler kesayangan. besar dan padat
cukup kandungan air 8 gelas sehari heheh



Cermin ajaib beli kt mydin je pun.. :P
buat belek2 muka kot2 da jerawat gatal baru nak naek..


owh..! sepit baju pun amik kaler ni jgk!

ok.. ni memang fav lotion aku suka, actually bukan botol nya yang main peranan, tapi isinya.. kaler lain x minat sgt baunya.. kalau jenis ni, kalau pakai rasa cam baby balik la.. hehe perasan!


Tengok, sampai nak pegi exam last paper pun amik pink jugak..
ish.. nasib pencil box kaler ijau!

So, camna skg? tak bleh jadi ni.. takkan sok kete impian pun kaler pink gak nak amik tempat? owh.. xkan kot, jadi camni?


Ni bukan kete impian yea.. heheh berangan nak yang besau-besau je.



Tuesday, April 19, 2011

Finally..

Alhamdullilah aku bersyukur padamu ya Allah diatas semua kurniaan yang kau berikan, semoga aku menjadi insan yang bersyukur atas kurniaan ini.

  • Syukur kerana dilahirkan menjadi insan sempurna (26/10/1986 '11.32 am')
  • Syukur kerana menjadi kanak2 yang keletah, buatkan hati seisi rumah bahagia dgn kedatanganku (zmn kanak2 > bahagia ke diorg ar?? :P)
  • Syukur kerana selalu jd bahan uji kaji abang2 utk membuli (kena syukur ke? ok gak, skg ni jd bertmbah kuat hehehe. maklumlah lahir tgh2 diapit 4 lelaki, mmg perangai x ayu sgt la kan..? heee)
  • Syukur kerana akak2 jadikan bahan uji kaji & > tocangkan rambut dgn bagai pesen (owh.. pasrah, kes buli jgk ni)
  • Syukur kerana aku dh pun jadi mak, buat anak2 yang comey2.. heeee (mak sedara la, ank sedara dh msuk 15 org pun. bln 6 ni ada lagi.. mmg riuh umah melayan keletah diorg)
  • Syukur kerana dilahirkan didalam keluarga yang amat memahami kehendak naluri hati ini, walaupun kadang2 byk halangan yang sampai (permintaan ditolak) tapi semua untuk kebaikan aku.
  • Syukur kerana dihantar ke sekolah asrama agama, moga ilmu yang dikutip disana jadi bekalan buat diri,, (Terima kasih ABAH)
  • Syukur kerana dapat belajar jauh2 dari keluarga (asrama > aktiviti buli membuli dikalangan abg2 dh terlepas skit)
  • Syukur kerana dapat menyambungkan pelajaran ke peringkat diploma (alhamdulilh pointer membanggakan keluarga, wlupun ABAH tak sempat merasa semua itu.. tp aku bersyukur kerana doa abah sentiasa mengiringi hidup spnjang bergelar anak kepada beliau, dan kini tugasku >Doakan utk dia, moga dia ditempatkan dikalangan org yg beriman ya Allah..)
  • dan kini aku amat bersyukur, dapat menyelesaikan pelajaranku ke tahap ini "DEGREE"syukur yang tidak terhingga ya Allah, moga dipermudahkan segala urusan.. (x pernah bermimpi dan xda impian utk smpai ke tahap ini)
  • dan dan kini lagi.. mak suh smbg "MASTER" owh.. blum lagi la mak, den nk koje dulu bleh x?? eheh!
Masa sedap menaip segalak menda alah ni, tengah bersengang senggung duk melepak sambil kepit note for last paper degree,, kawan2 doakan aku eh..? syg korang.. :D

Dan seperti biasa, gaya org nk menuntut ilmu ni mmg pelbagai. x kira la mencangkung ke? smbil korek telinga ka? tgn kiri pegang note tgn kanan duk suap nasik pun ok.. jnji apa yg dihafal masuk terjerumus dlm otak kan? tapi kalau aku la, prefer kena ada meja study. kalo x.. tido la jwbnye, mana tak nya, menghafal siap selimut ngan bantal peluk bagai. memang tak la kan..?? heeee
study jom!!




uihhh, kau! bdk it. pc depan belakang.. :P


ok ngaku.. dark circle setimbun kot? owh.. tdo x cukup.
tepek uncang teh malam ni. wajib!

fokus itu perlu!

Thursday, April 7, 2011

Tips Menjaga Badan Dalam ISLAM

Sebut tentang jaga badan pelbagai tips jaga badan banyak sudah yang kita tahu, dari segi diet, senaman, banyakkan minum air tapi kita kurang didedahkan dengan cara pemakanan dalam Islam. Kali ini aku nak share tips menjaga badan dari segi islam pula. Bagi yang beragama islam pastu tahu setiap yang boleh dan yang tidak boleh dalam Islam itu ada sebabnya begitu juga dalam pemakanan, inilah tips menjaga badan dalam Islam.

1) Jangan Makan Daging bersama Susu - Contohnya makan nasi daging merah dan minum milo ais

2) Jangan Makan Daging Bersama Ikan - Contohnya makan nasi bersama lauk ikan goreng dan daging masak kicap

3) Jangan Makan Ikan bersama Susu - Contohnya makan nasi lauk ikan kemudian minum teh ais (sedap gak sesekali layan)

4) Jangan Makan Ayam bersama susu - Contohnya makan Kfc dengan milo ais

5) Jangan Makan Ikan bersama Telur - Contohnya makan nasi, ikan goreng dan telur dadar

6) Jangan Makan Ikan bersama Daun Salad - Contohnya makan nasi berlauk ikan dan ulam salad (aduh, segala ulam semua aku sebat)

7) Jangan Makan Susu bersama cuka - Contohnya Makan nasi bersama lauk yang mengandugi cuka (ikan tongkol masak cuka, sos dsb) dan minum teh ais

8 ) Jangan Makan Buah + Susu - Contohnya yougurt buah, aiskrim dan buah (aduh my fav)

9) Jangan Makan Buah selepas makan sebaiknya makan buah sebelum makan.

10) Jangan tidur selepas makan (selepas 1 jam)

11) Jangan tinggal makan malam kerana orang yang mengamalkan tinggal makan malam akan di makan usia dan kolestrol akan bertambah 2 kali ganda.

Agak pelik bukan tapi apa kata kita cuba praktikan mana tahu ianya berkesan.. Jika tidak dalam jangkamasa pendek mungkin dalam jangka masa panjang.

Sumber~ dh x ingat, tapi yang pastinya encik google yang tlg cari.. ;)

Sunday, April 3, 2011

Cooking or Smooking?

Assalamualaikum

Hai korang :)
Lepas joging pagi tadi tetiba rasa mcm rajin nk wat entry.. perasan x skg ni dh macam rajin sgt nak hupdate menda alah ni kan.. heee semangat apa aku xtau la tetiba (- . -)'""

Ok bila firts tengok tajuk kat atas tu confirm korang piling smooke erk? aloh.. SALAH!! saje kasi capital letter skit, bagi korang paham. i dont like man/woman smoke. bukan apa dah sah2 kt kotak rokok segala dh lukis gambar orang kudung la, barah la, ulser bagai la.. dll tapi hat tu jgk depa bekenan. cewahh! membebel.. LOL!

OKlah xmo emo2 cakap pasal rokok ni, kita sembang baiik punya pasal masak2 eh.
ekcelli aku ni mmg suka makan dan semestinya suka masak. kadang2 bila time masak-memasak rasa cam chef la plk? ~wuwuwu ayat mintak penampau! perasan x hengat
Setakat masak ayaq, goreng teluq, suh ank sedara umuq setahun pun bleh.. ok itu tipu

Semangat masak-memasak memang dh ditrain mak aku, start umuq 8 tahun lagi. Ingat lagi time tu, first menu yang aku try sayur sawi tumis air. Alah orang belah2 kL ni suka kata sup sayur.. Paham-paham la budak2 baru nk dpt periuk. sekali tumis ok lagi, akak aku tengok dari belakang je. Saja nak tengok kebolehan aku (eleh dia ingat aku x reti? smbil menjuih2 bibir)
Sekali dah start tumis bawang, aku biar je bawang tu masak baik punya, pehtu dum buh ayaq + sawi segala.. taraaaa! dah siap. sengih bangga. aku berjaya! kak aku dah pandang selek(betui ka ejaan?org kedah sila betuikan :P org kedah kata selek ni mcm pndg sinis la..) kt aku. Sekali bila sampai time lunch, suma pakat2 x sabaq nk makan la mskn aku, cewaah perasan. padahal ada ja mak aku masak menu lain.
tengah sedap2 makan ni tetiba abang aku cakap. "ni sayuq itam mana plk ni? ngan bawang hangit bagai!" Puiii..! kutuk.. paham2 sudah.. LOL! (- . -!)

oK itu masa kecik punya cerita, skang dh besau gaban, kalo stage tetap tahap tu, mmg nk kena sekeh la kau. Pompuan x reti masak, agak memalukan jugak la. Tapi xpa, sapa2 rasa cam x bapa pndai sgt, blajaq dari la ni.. sok takut menyesal. Setakat bleh mkn kenyang tu, kira ok la.. tu ayat mak aku la.. Marah sungguh dia kalau x pi tulong dia kat dapur.. Mau kena lecture sehari. uihh x sanggup!

Bila duk hostel ni, mula la ingat makanan kt umah. paham2 la sik tapau lauk kedai ja. nek muak kot. ari2 cmtu gak menu nya. Demi memuaskan nafsu perut yang memberontak tak mau makan lauk kedai, kadang2 aku wat je lauk simple2, capai beras+ msk nasik la. pehtu pecah teluq 2 bijik. amik cili yang aku tanam kat tingkap bilik ni.(aku sanggup tnm pokok tepi tingkap blik hehee minat..) hiris lebih kurang + kicap skit.. haaaa taraaa!



idup bujang, cmnilah gayanya :P
janji perut terisi sudah..

Hehe tu bila time malas tahap dewa nak turun @ pun tengah sibuk wat final project akhir sem. ni kes time rajin gilak ah. sanggup tengah2 posa tu planning baik ngan budak bilik nk masak untuk berbuka. cewaah gaya xmau kalah. rasa mcm kat umah plak.

Start enjin kete g kedai beli kelengkapan nk masak mee bandung. wallah! punya la rajin x hengat engkau :) elok beli barang, siang2 udang/sayur/ bawang suma.. ciawwww! tumis dlam kuali comey yang ada tu.. agak2 bhn2 tu dh masak elok. alihkan dalam rice cooker, yelah mee bandung kan nk kuah byk, mana mau buh suma dlm kuali cenooet tu. bila dh selesai buh sayuq bagai. tara... dh siap! mee aku celur je, sng nnti nk buka posa xdak la mee tu kembang besaq lutut! heeee :) (sebenarnya kt hostel ni mana bleh masak, aku je wat kepala sndiri, pdai2 la nk idup.. nk mkn pun payah :P)


Ni masa kuah duk tengah menggelegak(mendidih) orang kedah kata :P


Hidangan meja utama tak mau kalah,, hehe abaikan kain lapik (seprah) tersebut :P


Tara..! yummy2.. kuah agak cair skit, bajet lari coz masak 2 periuk.. klau x dh ok..
heeee ayat nak cover je kan? :P

p/s: sory ayat campu2 utara selatan bagai, kitakan 1 Mesia. heh





Friday, April 1, 2011



hidup ibarat Lukisan Alam