Pages

Tuesday, April 26, 2011

Dah itu yang aku suka~

Bercakap tentang hobi, memang tak leh lari la kawan-kawan..
Hidup xdak hobi bosan gak. tak kira la hobi korang panjat pagar ke? main-main terjun bangunan ke.. kan? heheh ada ke orang wat cenggitu? :P

Kalau budak-budak cam kategori baik-baik ni, bila orang tanya "apa hobi kamu erk?" dengan pantas dan mendabik dada mesti jawab.. "i suka baca buku, tolong mak didapur, mencuci kereta ayah dihalaman, solat istikharah." eh,eh tetiba! (^.^)

Tapi bila soalan ni cikgu tanya kat sekolah rendah kecik-kecik dulu, mesti aku jawab
aku:"saya suka nek beskal cikgu"
cikgu: "nape awk suka nek beskal?"
aku: "sebab saya bleh bawak sambil lepas tangan"
cikgu :"loh, kamu tahu tak bahaya? dah la kamu tu pompuan"
aku:"tau cikgu, tapi nak wat cmne dah saya suka. ni la hobi saya "
~loh, memang perangai cam jantan! heheh skit lagi cikgu nak kasi lempang.. eh,eh jangan! nanti cikgu masuk lokap T_T


Bila umur dah tua ni, mula la kepala gila sampai, xmau dah nek2 beskal segala ni. dah jemu..
kadang-kadang bila time cuti sem, saja bawak beskal mak pegi umah makcik-makcik (jiran2 la, merangkap kawan mak aku) diorang ni kalau aku balik kampung, x gi singgah umah diorang jap jengah tunjuk muka mesti bertanya kat mak aku.. uiihh kira orang penting gak ni. heheh

Mana tak nya g melayan dan dengaq aku merapu sat. pehtu aku balik la.. saja ronda-ronda keliling kampung, dah lama skit duk kL ni mula la.. segala asap tak elok masuk dalam body. balik kampung kita refresh balik.. balik dari ronda tu mesti segala otot kaki lenguh ya Allah sabaq jela.. uiii kau! rasa nak tercabut tempurung lutut! (hiperbola heheh) tambah plak kalau tayar beskal mak aku tu, xde angin. Lagi la.. -_-"

Ok, bila dah tua ni (tua ke aku? ok sedar diri..) mula la semangat cintakan alam sampai.. Ni mesti tak lain, semangat cintakan tanah air.. eceh! kau! Actually minat amat-amat ngan tanah ni.. uiih tak tau nak kata bila dah turun ke tanah, mak panggil pun aku wat xtau.. semangat tinggi.
Kalau setakat cuti kejap-kejap tu semangat tak berapa panas sangat, tapi bila cuti sampai 2,3 bulan mula la aku tak senang duduk. tak kan ari-ari nak ngadap tb, makan, ngadap tb, makan, lena.. uiihh lemak mula la duk berlegar-legar cari tempat nak duduk. tak sanggup! dia mai naik barang sekilo dua, bleh consider lagi. buatnya naik 5 kilo pehtu duk senyap tak mau turun-turun dah. bukan kah itu kes naya adik-adik? heheh tetiba skema. LOL!

Masa cuti time degree ari tu, aku mula operasi besar-besaran. tengok iklan kat tv ape ntah aku x ingat la.. ala yang pompuan tu tanam pokok tomato, segar-segar je aku nengok. Mula semangat meluap-luap. Gitau kat mak, mak kata merepek, sok ang nak balik hostel sape yang nak nengok pokok tu ari-ari..? betul jugak eh? tapi dalam duk iyekan cakap mak aku, senyap-senyap ja pegi pekan beli benih. hehehe (dasar degil ini budak!)

Mula operasi dengan semai biji benih tu, semangat sangat ni. masa nak ubah anak-anak pokok tu, kawan-kawan mak aku bertandang datang umah, diorang tengok la aku wat menda. alih-alih mak aku plak kata, "nak anak pokok tomato ke? ni ha.. ema da semai banyak ni.." aik mak??siap sedekah bagai, ari tu tak bagi sangat. heehe memang comey mak aku ni, dia kalau bab sedekah memang serah, sebijik ikut perangai arwah opah aku.. takpa-takpa aku tak kisah, memang banyak sangat anak pokok ni, mana tak nya abih sebungkus yang harga $5 aku semai, korang bayangkan la banyak mana. macam nak bukak ladang tomato dah haa.. mana taknya mak aku siap sedekah kat member dia.. heheh

Dah alih pegi tempat masing-masing mula la pokok-pokok ni mencanak naik dengan megahnya, uii sempat la jugak merasa dalam 30 bijik buah dia. tapi elok ja aku balik hostel, seperti yang mak aku gitau ari tu, maka nya xda sapa la yang nak usahakan hasrat murni aku ni. So, dengan tak berapa nak relanya mati la abih suma. Ulat suka sangat wat ulam daun pokok aku ni. isshh! x puas hati betuii. Selain pokok tomato aku tanam gak pokok cili, sampingan je tu.. sekali harung. heheh

Inilah pokoknya, korang perasan tak pagar pukat tu, macam orang takda tangan je buat. hehehe security kena jaga jugak kat pokok-pokok ni. Mana xnya kucing-kucing umah ni suka sangat main nyorok-nyorok kat pokok ni. Langkah selamat aku pasang la pagar yang x rupa pagar ni. eheh!


yang baru galak nak naik


Segar mekar bunga ni, time ni jiwa dah meronta-ronta x sabaq tunggu buah. Agaknya ni la perasaan petani yang ada kan? puas ati kot.. hasil dah nak kuaq!

taraa....! hye dunia! heheeh

Ni ladang cili, eceh! ladang kau.. sekangkang kera bleh kata ladang eh?? wuwuwu


atas minat yang tak agak-agak, kat hostel pun jadi aku bela menda alah ni.. heheh nyaris roomate aku tak kisah.. bukan apa, bila rasa makanan beli tak pedas, aku potong je cili ni masuk pinggan.. ooo tegar betul makan pedas, sok sakit padan muka.. uuii nauzubillah..

2 comments:

Hanim Kujaji said...

heehe....buleh kerja kt kmnterian pertanian lepas nie...tp bhgian IT laa..heee..
akak mesti lupa nak sebut ttg mak angkat pokok nie kan..hak hak...=)

Unknown said...

hakhakhak.. bleh la, nk try apply
a'aa la.. lupa :P
sat kak nk announce

::kawan-kawan, pokok cili yang duk kt hostel tu ade mak angkat, kalo aku xde kt hostel, dia la yg amik alih segala tugas2.. (siram skit je pun.. :P) mak angkat dia tu haa, 1st komen "Haneem Kujaji" korang follow la blog dia, sian.. hhahah ::