Pages

Sunday, April 3, 2011

Cooking or Smooking?

Assalamualaikum

Hai korang :)
Lepas joging pagi tadi tetiba rasa mcm rajin nk wat entry.. perasan x skg ni dh macam rajin sgt nak hupdate menda alah ni kan.. heee semangat apa aku xtau la tetiba (- . -)'""

Ok bila firts tengok tajuk kat atas tu confirm korang piling smooke erk? aloh.. SALAH!! saje kasi capital letter skit, bagi korang paham. i dont like man/woman smoke. bukan apa dah sah2 kt kotak rokok segala dh lukis gambar orang kudung la, barah la, ulser bagai la.. dll tapi hat tu jgk depa bekenan. cewahh! membebel.. LOL!

OKlah xmo emo2 cakap pasal rokok ni, kita sembang baiik punya pasal masak2 eh.
ekcelli aku ni mmg suka makan dan semestinya suka masak. kadang2 bila time masak-memasak rasa cam chef la plk? ~wuwuwu ayat mintak penampau! perasan x hengat
Setakat masak ayaq, goreng teluq, suh ank sedara umuq setahun pun bleh.. ok itu tipu

Semangat masak-memasak memang dh ditrain mak aku, start umuq 8 tahun lagi. Ingat lagi time tu, first menu yang aku try sayur sawi tumis air. Alah orang belah2 kL ni suka kata sup sayur.. Paham-paham la budak2 baru nk dpt periuk. sekali tumis ok lagi, akak aku tengok dari belakang je. Saja nak tengok kebolehan aku (eleh dia ingat aku x reti? smbil menjuih2 bibir)
Sekali dah start tumis bawang, aku biar je bawang tu masak baik punya, pehtu dum buh ayaq + sawi segala.. taraaaa! dah siap. sengih bangga. aku berjaya! kak aku dah pandang selek(betui ka ejaan?org kedah sila betuikan :P org kedah kata selek ni mcm pndg sinis la..) kt aku. Sekali bila sampai time lunch, suma pakat2 x sabaq nk makan la mskn aku, cewaah perasan. padahal ada ja mak aku masak menu lain.
tengah sedap2 makan ni tetiba abang aku cakap. "ni sayuq itam mana plk ni? ngan bawang hangit bagai!" Puiii..! kutuk.. paham2 sudah.. LOL! (- . -!)

oK itu masa kecik punya cerita, skang dh besau gaban, kalo stage tetap tahap tu, mmg nk kena sekeh la kau. Pompuan x reti masak, agak memalukan jugak la. Tapi xpa, sapa2 rasa cam x bapa pndai sgt, blajaq dari la ni.. sok takut menyesal. Setakat bleh mkn kenyang tu, kira ok la.. tu ayat mak aku la.. Marah sungguh dia kalau x pi tulong dia kat dapur.. Mau kena lecture sehari. uihh x sanggup!

Bila duk hostel ni, mula la ingat makanan kt umah. paham2 la sik tapau lauk kedai ja. nek muak kot. ari2 cmtu gak menu nya. Demi memuaskan nafsu perut yang memberontak tak mau makan lauk kedai, kadang2 aku wat je lauk simple2, capai beras+ msk nasik la. pehtu pecah teluq 2 bijik. amik cili yang aku tanam kat tingkap bilik ni.(aku sanggup tnm pokok tepi tingkap blik hehee minat..) hiris lebih kurang + kicap skit.. haaaa taraaa!



idup bujang, cmnilah gayanya :P
janji perut terisi sudah..

Hehe tu bila time malas tahap dewa nak turun @ pun tengah sibuk wat final project akhir sem. ni kes time rajin gilak ah. sanggup tengah2 posa tu planning baik ngan budak bilik nk masak untuk berbuka. cewaah gaya xmau kalah. rasa mcm kat umah plak.

Start enjin kete g kedai beli kelengkapan nk masak mee bandung. wallah! punya la rajin x hengat engkau :) elok beli barang, siang2 udang/sayur/ bawang suma.. ciawwww! tumis dlam kuali comey yang ada tu.. agak2 bhn2 tu dh masak elok. alihkan dalam rice cooker, yelah mee bandung kan nk kuah byk, mana mau buh suma dlm kuali cenooet tu. bila dh selesai buh sayuq bagai. tara... dh siap! mee aku celur je, sng nnti nk buka posa xdak la mee tu kembang besaq lutut! heeee :) (sebenarnya kt hostel ni mana bleh masak, aku je wat kepala sndiri, pdai2 la nk idup.. nk mkn pun payah :P)


Ni masa kuah duk tengah menggelegak(mendidih) orang kedah kata :P


Hidangan meja utama tak mau kalah,, hehe abaikan kain lapik (seprah) tersebut :P


Tara..! yummy2.. kuah agak cair skit, bajet lari coz masak 2 periuk.. klau x dh ok..
heeee ayat nak cover je kan? :P

p/s: sory ayat campu2 utara selatan bagai, kitakan 1 Mesia. heh





No comments: